Friday 28 June 2013

Sedapnya gulai telur itik dengan kulit rambai Datin Simah





Resipi: Sedapnya gulai telur itik dengan kulit rambai Datin Simah
Resipi: Sedapnya gulai telur itik dengan kulit rambai Datin Simah

gulai telur itik dengan kulit rambai
Gulai telur itik dengan kulit rambai

KALI terakhir penulis menikmati gulai telur itik dengan kulit rambai kira-kira 15 tahun lalu.  Lantas apabila Datin Simah mempelawa untuk makan tengah hari di rumahnya dengan lauk tersebut sebagai menu utama, penulis tiada alasan untuk menolak.

Menurut Simah, sebagai anak jati Negeri Sembilan, masakan kampung seperti itu memang jadi kegemaran beliau dan suami. Malah anak-anak juga turut diajar sejak kecil mencicipnya sehingga lidah mereka tidak lagi asing pada lauk yang autentik ini.

“Sekarang ini memang susah nak cari kulit rambai dan telur itik.  Sebab itu saya kerap balik ke kampung untuk mendapatkan bekalan. Saya memang ajar anak-anak menikmati lauk-pauk kampung ini agar mereka tidak lupakan warisan mereka,” katanya sambil melayan penulis yang makan dengan penuh berselera.

Anda mahu mencuba resipi warisan ini?  Jom...

Gulai Telur Itik dengan Kulit Rambai

Bahan-bahan:
15 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 biji kelapa – ambil santan
10 biji telur itik
20 biji kulit rambai – hiris halus

Cara membuat:
1.    Tumbuk cili padi dan kunyit hingga lumat.
2.    Masukkan cili dalam periuk, tambah santan dan masak atas api sederhana. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
3.    Apabila santan mendidih, masukkan garam secukup rasa dan kulit rambai.
4.    Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
5.    Biarkan sebentar sebelum diangkat.

0 comments:

Post a Comment