Friday 28 June 2013

Froyo aiskrim



Oleh Suliati Asri

Menikmatinya membuatkan sesiapa saja terutama si penggemar aiskrim terpesona. Dengan kepelba­gaian rasa yang enak ditambah ‘topping’ buah-buahan yang segar melengkapkan hidangan lazat itu.
Itulah penangan saat menikmati hidangan yogurt sejuk beku atau lebih dikenali sebagai froyo Tutti Frutti.
Jika ramai yang berpendapat menikmati hida­ngan aiskrim adalah tidak sihat kerana mengandungi banyak gula dan pewarna, froyo Tutti Frutti ini berbeza.

Ini kerana setiap hida­ngan froyo ini adalah rendah lemak, rendah kalori, kalsium tinggi dan baik untuk badan. Justeru, sebanyak manapun hidangan yang diambil, tidak menjejaskan kesihatan.
Foto
HIDANGAN Tutti Frutti yang menyelerakan.

Perakuan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuktikan hidangan Tutti Frutti ini tidak meragukan.

Mengetengahkan dua rasa asas iaitu creamy (manis) dan tart (masam) de­ngan lebih daripada 50 perasa di cawangannya seluruh negara, pastinya membuat­kan anda akan tidak jemu berkunjung ke Tutti Frutti.

Mana tidaknya, setiap perisa memberikan pelbagai rasa yang tidak tergambar dengan kata-kata.

Menurut Pengarah Urusannya, Izham Hakimi Ham­di, setiap perisa yang dipasarkan menggunakan dua asas rasa iaitu creamy dan tart.

Dua pecahan rasa asal ini iaitu manis dan masam katanya dipecahkan kepada beberapa perisa pula me­ngikut rasa asal itu.

“Kini Tutti Frutti mempunyai lebih daripada 50 perisa termasuklah Epal Hijau, oren, kiwi, strawberi, rasber­ry, peach, tembikai, mang­ga untuk rasa tart dan red velvet, coklat, kelapa, vanila dan banyak lagi untuk rasa lebih creamy.

“Bagaimanapun, perasa yang terdapat di setiap cawa­ngan Tutti Frutti adalah tidak sama kecuali perisa Original, coklat dan vanila yang sememangnya diwajibkan di setiap cawa­ngan,” katanya.

Bagi memberikan sesuatu yang berlainan dan lebih ekslusif, Tutti Frutti mengetengahkan perisa edisi khas yang bermula Mei lalu de­ngan dua perisa iaitu Durian dan Horlicks. Ia kemudiannya diikuti dengan perisa Chipmore dan pandan pada bulan ini.

“Setiap perisa edisi khas ini hanya boleh didapati pada dan masa promosi sahaja. Seperti contoh, perisa Chipmore dan pandan ini hanya boleh dibeli pelanggan pada bukan Jun sahaja dan bulan seterusnya kita akan memperkenalkan perisa lain pula,” katanya.

Dari segi harga pula, harga yang dikenakan setiap hidangan adalah berpatutan kerana ia ditentukan daripada berat hidangan yang diambil.

“Harga setiap hidangan adalah mengikut berat atau timbang hidangan yang diambil pelanggan. Justeru, pelanggan sebenarnya dapat menentukan sendiri berapa yang harus dibayar.

“Semakin berat sesuatu hidangan itu, semakin ba­nyaklah juga yang dibayar.

“Jadi cara terbaik adalah dengan mengambil pelbagai perasa dengan kuantiti yang sedikit setiap satu,” katanya.

Persaingan dalam perniagaan froyo ini memang sengit, tetapi Tutti Frutti tetap menjadi pilihan utama kerana kualiti setiap perisa froyo yang disajikan dan toppingnya.

Bercakap mengenai ‘topping’ yang juga salah satu penambah rasa kepada hidangan lengkap froyo ini, apa yang disediakan di semua cawangan Tutti Frutti adalah halal untuk manisan, coklat dan sebagainya serta segar untuk topping buah-buahan.
                                                                                                                     Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/05

0 comments:

Post a Comment