Puding Pelangi Gula Hangus ialah resipi ciptaan Yong Asmah yang dianggap istimewa. Selain rupanya yang cantik kerana berwarna-warni, tempoh penyediaan yang singkat menjadi pilihannya untuk menyediakan hidangan ini.
“Dalam masa 45 minit sahaja puding ini dapat disediakan. Bahan-bahannya pula selalu sudah tersedia di dapur. Saya hanya perlu bancuh dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila semua anak sudah berkumpul, saya keluarkan untuk dihidangkan kepada mereka,” katanya.
Keistimewaan puding ini ialah rasanya yang enak apatah lagi apabila dimakan bersama gula hangus. Rasa manis bercampur pahit-pahit sedikit membuatkan keenakan berganda. Puding ini juga tidak menggunakan telur justeru tiada bau yang kurang menyenangkan.
Puding Pelangi Gula Hangus
Bahan gula hangus:
200 gm gula
Air secukupnya
Cara membuat:
1) Panaskan gula hingga keperang-perangan. Apabila gula larut masukkan air. Padamkan api. n
Biarkan sejuk.
Bahan puding:
200 gm agar-agar
850 ml air
200 gm gula
Secubit garam
50 gm tepung jagung
500 ml air1 sudu besar vanila
1 tin susu cair
Pewarna ikut cita rasa
Cara membuat:
1) Rebus agar-agar sehingga agar-agar larut.
2) Masukkan gula, garam dan kacau. Ketepikan.
3) Bancuh tepung jagung bersama air. Masukkan ke dalam adunan agar-agar tadi.
4) Kacau 15 minit hingga berkilat dan jernih.
5) Masukkan vanila dan susu cair. Kacau lagi.
6) Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda suka.
7) Masukkan sedikit gula hangus ke dalam acuan. Kacau lagi.
8) Tuang ke dalam acuan mengikut warna secara bergilir-gilir.
9) Simpan ke dalam peti sejuk. Potong dan hidangkan.
10) Makan bersama gula hangus.

0 comments:
Post a Comment