Zaidi Kassim (depan, enam dari kanan)
bersama peserta Negeri Sembilan Food Trail 2013 dan pemilik Restoran
Wadi Ar-Raudah di Rahang, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - utusan/Noor
hanis harun
Oleh NOOR HANIS HARUN
utusanN9@utusan.com.my
SEREMBAN 26 Jun - Negeri Sembilan bukan hanya terkenal dengan jolokan bumi adat perpatih malahan turut popular dengan pelbagai jenis
makanan tradisionalnya sekali gus menjadi daya tarikan pelancong dari
dalam dan luar negara.
Secara amnya, sejarah dan keunikan kisah adat yang menjadi amalan
turun temurun masyarakat di negeri ini menjadi signifikan serta identiti
kepada negeri beradat ini.Lebih menarik warisan sejarah itu turut diinterpretasi melalui sosial
kehidupan masyarakat malah ditonjolkan melalui seni pembinaan bangunan
serta rumah berteraskan konsep Minangkabau sehingga ke hari ini.Bukan itu sahaja, apabila menyentuh aspek masakan, negeri ini sudah
terkenal dengan hidangan pedas seperti masak lomak cili api dan
rendang yang dipopularkan menerusi resipi tradisional sejak berabad
lalu.
Pengarah Tourism Malaysia negeri, Zaidi Kassim berkata, adat perpatih
sudah menjadi amalan masyarakat negeri ini kira-kira 600 tahun lalu,
maka tidak hairanlah ia mempengaruhi sebahagian besar aspek kehidupan
penduduk Negeri Sembilan.Menurutnya, selain keunikan adat perpatih, Negeri Sembilan juga
terletak pada lokasinya yang amat strategik antara Singapura dan Lembah
Klang sebagai destinasi kunjungan umum khususnya dalam kalangan
pelancong dari dalam dan luar negara.
Pada tahun ini, kita mensasarkan seramai lima juta pelancong
berkunjung ke negeri ini khususnya di tempat menarik seperti kawasan
rekreasi, bersejarah selain merasai pengalaman suasana di kampung.
Selain berkunjung ke pantai peranginan Port Dickson, negeri ini
juga mempunyai tempat penginapan inap desa, aktiviti ekopelancongan dan
makanan tradisional peninggalan nenek moyang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika program Negeri Sembilan Food Trail
2013 di Homestay Kampung Lonek, di Batu Kikir, Kuala Pilah, baru-baru
ini.
Mengulas lanjut berhubung program tiga hari itu, Zaidi berkata,
Negeri Sembilan Food Trail itu merupakan salah satu platform untuk
mempromosikan lokasi pelancongan, masakan tradisional serta tempat
makanan menarik sekitar negeri ini.
Program kembara ini meliputi jelajah tiga daerah iaitu Seremban,
Kuala Pilah dan Rembau, di mana setiap daerah mempunyai identiti makanan
yang berbeza, sebagai contoh apam johol, kuih sepang dan masak lomak
cili api daging salai
Kita membawa 40 peserta yang terdiri daripada pengamal media dan
agensi perlancongan untuk singgah ke 11 destinasi pelancongan di negeri
ini.
Setiap premis makanan akan menghidangkan pelbagai hidangan terbaik
mereka yang enak dan unik untuk dipromosikan kepada pelancong," ujarnya
Antara lokasi pelancong menarik yang dilawati peserta menerusi
program tersebut termasuk Jelita Ostrich Farm, Starfresh Agropark,
Muzium Diraja Istana Seri Menanti, Homestay Kampung Lonek, Teratak
Zaaba dan Rembau Kristal.
Di samping itu, katanya, peserta turut berpeluang merasai pelbagai
hidangan menarik seperti cendol madu, sate tulang Jelebu, dan kuih koci
labu dan pucuk ubi goreng rendang Rembau yang popular di negeri ini.
Zaidi berharap program sedemikian memberi pelaung kepada umum untuk
mengetahui tentang keunikan Negeri Sembilan ini melalui masakan
tradisional ala nogori.
Tambahnya, sempena acara Tahun Melawat 2014 tidak lama lagi, pihak
Tourism Malaysia akan menganjurkan lebih banyak lagi program yang
berbentuk jelajah negeri.
Kita merancang untuk menjadikan Port Dickson sebagai salah satu
perhentian dalam program Negeri Sembilan Food Trail yang seterusnya
selepas ini," katanya.
0 comments:
Post a Comment